Sunday, May 17, 2009

Kaver...



Selepas berhempas pulas untuk minggu minggu terakhir penghantaran komik interaktif, kini dalam proses pula untuk menyiapkan keseluruhan buku yang bakal diterbitkan tidak lama lagi, Insya Allah. Ilustrasi di atas adalah contoh 'cover' komik aku yang akan diterbitkan nanti. Masih dalam proses penambahbaikan, tapi aku rasa aku ingin berkongsi bersama hasil ini bersama korang. Harap korang suka, enjoy!

Monday, April 20, 2009

Idea atau ilham?





Memang x dinafikan, apa apa hasil karya yang hebat ataupun yang biasa di dunia ini, semuanya lahir dari idea yang bernas dan ilham yang sangat menakjubkan. Komik Semangat Gah-Sing ini lahir setelah kawan aku masuk bertanding dalam IPCC 2008 kategori animasi. Namun, mungkin beliau tiada rezeki di situ, beliau telah mengajak aku untuk masuk pula ke dalam kategori 'comic digital interactive'. Aku, memang pada awalnya memasang impian sendiri untuk masuk dan seterusnya memenangi pertandingan tersebut. Ye la, siapa yang tak nak menang kan? Hehehe. Tapi untuk menang, aku harus mencari ilham untuk hasilkan sebuah tajuk komik yang unik. Setelah berbincang dengan kawan aku, aku memberitahunya bahawa aku hendak mengubah keseluruhan penyertaannya yang dihantar untuk kategori animasi itu agar menjadi lebih bagus.Dia bersetuju, dan dia juga berharap agar penyertaan kali ini mampu untuk menjadi juara. Setelah 'brainstorming' beberapa kali dengan kawan aku itu, akhirnya aku mendapat ilham untuk menukar tajuk tersebut yang asalnya 'Jaguh Gasing' kepada 'Semangat Gah-Sing'. Kenapa aku memilih 'Gah-Sing'? Perkataan asal gasing adalah dari 2 suku kata yang berbeda dan dilengkap menjadi satu baris. Gasing adalah gabungan dari perkataan 'tegak' dan 'pusing', lalu terbentuklah 'Gasing'. Sementara, aku pula masih mengekalkan ungkapan yang sama seperti gasing iaitu 'Gah-Sing', tetapi aku gabungkan dua ayat yang berbeda iaitu 'Gagah' dan 'Pusing'. Dan kerana aku juga menyuntik elemen alam semulajadi, seni permainan, seni beladiri, seni budaya lalu aku gabungkan semua itu ke dalam satu ayat iaitu 'Semangat' maka terhasillah 'Semangat Gah-Sing'. Nuff' said!

Thursday, April 16, 2009

Lagi semangat gah-Sing




Lagi muka surat komik aku, memang agak sukar untuk aku melukis setiap muka surat dengan cerita yang menarik dan shot shot panel yang ekstrem. Aku banyak membuat rujukan dari semua jenis komik yanga ada di muka bumi ini dan rujukan aku yang paling utama adalah 'Dragonball'. Bagi aku, untuk membuat komik kita dikenali seluruh dunia, kita tidak seharusnya buat komik komik pendek atau minisiri. Komik-komik yang panjang dan mempunyai pelbagai latarbelakang yang menarik pasti akan membuat orang ramai tertarik untuk mengetahui isi di dalamnya. Jesteru, aku bercadang untuk terbitkan komik aku sebanyak 99 jilid. Adakah aku akan berjaya? Sama-sama kita tunggu da lihat...

Tuesday, April 14, 2009

Semangat Gah-Sing



Ilustrasi di atas adalah salah satu dari mukasurat komik yang sedang dalam pembikinan sekarang. Seperti tajuk di atas, aku cuba mengetengahkan gasing sebagai alat ataupun senjata bagi komik aku ni. Bagi aku permainan gasing ni sangat unik dan setiap negeri di Malaysia mempunyai cara permainan yang sangat berbeda. Bentuk-bentuk gasing juga amat berlainan sekali mengikut keistimewaan permainan masing-masing. Ini telah memberikan aku satu idea di mana aku akan cuba mengetengahkan gasing sebagai subjek utama dalam komik aku seperti Dragonball dengan mutiara naganya.

Kini bermula...

Assalamualaikum,
Sedar tak sedar kita semua semakin menghampiri pertengahan tahun 2009 dan aku masih lagi mencongak waktu dan usia sambil melihat ke belakang sejauh mana pencapaian aku satakat ini dan apa yang telah aku miliki. Memang aku rasa tahun-tahun kebelakangan ni banyak memberi rezeki kepada aku dalam impian aku untuk menjadi seorang pelukis komik yang hebat. Hebat? Setakat manakah hebatnya seseorang itu dilihat pada mata orang lain? Pada aku, hebat bila orang lain bercakap cakap di mana sahaja dan sampai pada tahap seperti pertengkaran ibarat kucing dan anjing hanyalah kerana sebuah karya yang ditunggu-tunggu setiap minggu. Bagi aku itulah hebatnya seseorang itu pabila mereka dapat menzahirkan sebuah cerita yang menjadi kegilaan masyarakat seluruh dunia....permulaan aku untuk sebuah perjalanan yang masih lagi samar - samar.